Tuesday, October 29, 2013

Mereka Mengata

Mereka mengata aku lupa kampung halaman.
Mereka mengata aku kerja teruk kalah buruh binaan.
Mereka mengata aku kerja tak setimpal pendidikan.
Mereka mengata aku sombong lupa kawan.
Mereka mengata dan terus mengata..

Alaahhhaii hati.. sabar kuatkan iman.
Alahai telinga tebalkan pendengaran lebarkan senyuman.

Alahai... kawan..
Fahami lah setiap perjalanan kita tak sama dan semudah yang di impikan.
Laluan kalian mungkin mudah dan mungkin bagi kalian sudah tercapainya impian.
Takpelah... tak kisah. Sebab mereka mengata aku dan aku juga mengata mereka. Adil lah kan???

Aku sebenarnya bukan lah lupa kampung halaman. Cuma aku rasa biarlah. Tak semua benda harus dijelaskan... kerna tak semua penjelasan akan memuaskan. Tapi sumpah... sejauh mana aku pergi. Mana mungkin aku lupakan kampung halaman tempat aku belajar berlari berbasikal keliling taman. Dihambat ayah dengan rotan. Tak mungkin...aku lupakan.

Mereka kata kerjaku teruk macam buruh binaan. Amboi... itu pada pandangan kalian. Pada aku tak lah macam buruh binaan. Aku rasa ok lah cukup cukup makan.. biasa lah semua kerja ada cabaran. Mungkin rezki aku mcm ni. Ini baru permulaan..

Setimpal atau tidak pekerjaan aku dengan pendidikan aku apa kalian tahu? apa kalian rasa yang aku lalui sehari harian? Sabarlah... aku baru nak memulakan perjalanan. Menyusun kehidupan. Mencari pengalaman.

Sabarlah aku percaya masing2 dah ditentukan perjalanan kehidupan. Tolonglah buka akal sebelom melontarkan perkataan.

Penat!

Sunday, June 30, 2013

Nak jadi artis!

Sambil tangan aku lincah melipat baju. Aku pon bernyanyi2 kecil... ala2 kecil2 cili padi kecil lagi semut api. Jahaha.. ok. Tipu. Aku menyanyi dalam hati je. Lagu Tasha Marshahar(sumpah aku tak pernah reti eja nm belakang beliau) tajuk CUBA TEKA. Walaupon dalam hati. Tapi aku dapat rasakan kalau aku all out ni. Memang feeling2 artis dah. Hahaha... tiba tiba aku teringat. Dulu... usia aku 10 atau 11 tahun. Masih genit2 gitu..

'Malam tu hujan.LEBAT GILA! hehe.... mak ayah aku tengah sembahyang berjemaah dan aku macam biasa memang tabiat suka masbuk. Rakaat ke 2 atau 3 baru aku join solat jemaah sebab nak elak berdiri lama. (Abah kami suka baca surah pepanjang.sat g kami fade up.ngee.. semoga ank2 aku tak mcm ni nanti)

Jadi..sementara tunggu abah masuk rakaat ke 2 atau 3 aku pon berdiri depan cermin. Senyum2.. dan okeh nyanyi! Time tu memang femes dengan lagu Dayang. Aku tak ingat tajuk tapi memang lagu dayang lah aku nyanyi. Disebabkan hujan lebat. Dan aku pulak dekat cermin dapur... bunyi hujan jatuh atas bumbung tu jangan cakap lah. Maka dengan konfident dan yakin. Aku pon menyanyi lagu seikhlas hati ala2 penyanyi tgh perform... "lafazkan cinta dari bibirmu. Jangan kau ucap sekali lagi.. o0oo" cmtu lah lagu dia..  menyanyi punya pasal sedar2 abah dah habis solat. Dan malam tu kena la seliang 2 rotan dekat montot. Rerupanya nyanyian aku tu bergema dengan gahnya dalam rumah. Abah cakap nampak dari cermin frame gambar aku terkinja2 depan cermin. Sampai sekarang abah suka ungkit kes tu sambil buat gaya aku terkinja2 malam tu.'

Bila dikenang kenang kan balik yela.. dulu jauh disudut hati aku memang aku nk jadi penyanyi. Hahaha... sekarang jadi penyanyi kat pusat karoke jamban je. Class kau jah!

Ok ni je cerita dia. Sekian...

Monday, June 10, 2013

Makian Buat Diri

Memaki diri sendiri
bukan atas dasar bodoh

Memaki diri sendiri
adakala jadi terapi
untuk tidak mengulangi kesalahan
untuk menjadi satu peringatan
untuk mencari satu kekuatan

supaya
tidak berulang lagi kesalahan
tidak terus lagi dibuai angan
tidak leka dengan keselesaan
tidak mati tenggelam dek kegagalan

Kata orang marah tandanya sayang.

Sayangkan  isteri tinggal tinggalkan sayangkan anak tangan tangankan sayangkan diri maki makikan.
boleh macam tu?
haha



Wednesday, May 15, 2013

Kisahku dan Guruku.

Happy Teacher Day..
Entry ini di tulis dengan mengenang segala jerih perih dan suka duka sepanjang bergelar pelajar.
Walaupon pada hakikatnya aku masih seorang pelajar yang tanpa lelah berguru melalui segala pengalaman hidup yg dilalui setiap hari..

Sepanjang bergelar pelajar. dari sekolah rendah ke sekolah menengah  sampai ke universiti. Adalah beberapa orang guru yang menyentuh hati aku. Aku igt sampai mati.. gituu.. haha.. Cikgu bahasa melayu aku waktu sekolah rendah. The way he teach me, how i feel so scared bila mana ternampak kelibat dia menuju ke kelas sambil bawak buku latihan. How he look into my eyes. time aku curi2 baca buku cerita bawah meja. Dan atas segala pelakuannya mencubit dan memarahi setiap kesalahan tatabahasa dalam karangan dulu. Perghh!! berbisa.. sakitnya cubitan dia tu masih jelas! lebam biru tangan2.. itu semua menjadi kan aku pencinta bahasa. ecewaahhh bapak poyo ayat! haha... Terima kasih cikgu Zul.

Masuk sekolah menegah, aku mengaku betapa lembap tambah lembap kuasa tiga belas lah aku bila masuk bab mata pelajaran matematik. Tapi ada seorang cikgu cina ni. aku igt lagi dengan senyuman dia ajar aku matematik bab pecahan dari topik first. klw ikutkan itu sukatan pelajaran darjah 5 tahu! betapa setiap habis sekolah aku kena stay dalam bilik guru buat latihan pecahan darjah 5 dan 6. Padahal aku dah tingkatan 3 time tu. hahaha.... lembap dan bengapnye aku. Dari pada gred C dan D je utk matematik Alhamdulillah berkat dia ajar tiap2 kali balik sekolah dpt la B. hehe.. Cikgu Oii, how i miss ur smile and ur tender voice. Serius dia ajar tanpa rasa jemu. Sampai sekrang setiap hari guru klw mak aku tanya cikgu mn yg paling aku ingati. Cikgu Oii la yg akan aku sebut dulu.

Masuk menegah atas. wahaha.. poyo ayat hang! Masuk teknik.. cikgu Salbiah, takde sebab yang kukuh kenapa dia sentiasa di ingati. Tapi itulah.... aku selalu teringat dia. mungkin cara dia yang selalu bercerita. atau mungkin sebab aku selalu kena panggil ke depan kelas untuk membaca karangan aku. Wahh.. rasa di hargai tahu! haha...  lepas tu cikgu Roziah. how creative she is to teach history by a game. Bayang kan belajar sejarah tp melalui game game macam kotak beracun, musical chair.. weyh!! seronok tahu. tak bosan jadinya. huhuuu...

Kalau nak diceritakan satu persatu perihal guru guru yang pernah mendidik aku. Dari yang aku kagumi sehingga yang aku tak suka dan termasuk lah guru guru yang aku selalu pekena. Huisshhh... tak berkesudahan rasa. Banyak.. terlalu banyak.  :)

Sekarang, Rugi rasanya bila mana budak2 zaman sekarang  tak boleh di tegur atau diperbaiki kesalahan diorang. Satu kerugian dan satu penyesalan aku rasa bila mana ada segelintir ibu bapa yg memarahi dan menyalah kan guru bila mana mereka cuba memperbetulkan kesalahan ank murid mereka. dan! adalah satu kebodohan bila mana ada kes guru2 yang menyalah gunakan kuasa memukul dan mendera ank murid mereka. apa ni?!! rosak nama guru tahu! hishhh....

Walaupon aku tak minat bidang perguruan ni. Tapi aku hargai dan hormati mereka. Big Appreciation for my beloved parents yg juga seorang guru di sekolah dan merupakan guru sepanjang hayat bagi aku dan adik2.
Harap2 kisahku dan guruku versi kalian pon lagi meriah dan hebat lah ye :)

Thank you.

Saturday, May 11, 2013

Berbicara perihal HATI

Hati objek kecil yg punya 1juta rasa. Malah mungkin lebih dari itu. Hati aku sifat kan sebagai multitaste machine..haha..machine ke?  Mestilah bukan. Ini istilah aku je.....cerita aku bukan?

Kenapa hati itu multitaste machine? Sebab...aku pernah rasa.

Pernah rasa dalam 1 masa yg sama hati aku ada rasa seperti berbunga2. Seronok dan gembira yg teramat tapi jauhhhhhhhh terselit jugak rasa kecewa.sedih.pilu.pelik. Pernah?

Pernah rasa sedih dan kecewa yg teramat sangat tapi jauuuhhhhh dalam hati rasa gembira dan syukur. Pernah?

Pernah rasa marah dan benci?  Tapi dalam pada masa yang sama jauuhhhh dalam hati kecik tu ada rasa rindu.sayang. Pernah?

Pernah dengar kata orang
'ikut hati mati'  pernah?

Pernah dgr orang cakap
'segalanya bermula dengan niat, dan niat letaknya di hati'  pernah?

Hati walaupon kecil tapi bagi aku 1 benda yg begitu kompleks!  Untuk difahami. Ditafsir dan diikut kemahuannya.

Kata orang lagi' ikut kan hati mati, ikutkan rasa binasa' .

Kata orang lagi' kalau buntu pejam mata dgr suara hati' .

Jadi mcm mana?

Kata org tua ku' al- quran itu makanan hati ubat pada jiwa' . BETUL..BETUL... ku akui.

Monday, April 29, 2013

KAWAN

This post was wrote by my sis.. 


Ketawa . gembira . menangis . marah-marah . melalak . begosip . belajar besama . suma nya dah kyta lalui. aku dan mereka. kawan-kawan. aku memang senang hati la nakcakap yang aku SYOK ABES LAH KAWAN DENGAN AMPA SUMA!! susah la aku nak lupakan.setiap hari aku nak pegi skolah. mesti aku cakap dalam hati "hari nie kyta betemu lagi kawan2".setiap detik . saat . masa . hari . minggu . bulan ke bulan . kyta besama dalam tahun2010.banyak sangat dah kenangan tercipta . betol tak?? lepas nie. rasa-rasanya..kyta sumadapat tak lagi besama macam hari nie.macam hari-hari yang dah kyta suma jalani besama?yang dah kyta lalui besama?? bila tamat zaman persekolahan kyta..masing-masing...akan pergi ke jalan yang lebeh mencabar kan. sedar tak kawan-kawan? masa belalu cepat sangat.dari mula kyta daftar masuk sekolah 2/1/2006. dari mula kyta betemu dalam kelas tingkatan satu.dari mula nya kyta tak kenal siapa dirinya. dari mula kyta tak hirau kan dia. dari mula kyta tak peduli kan dia.(dia = kawan). tapi hari ini. kyta suma besama macam keluarga!!bukan hari ni ja. ianya bemula dari hari-hari detik pekenalan yang dah kyta lalui besama-sama..sweet nya aku rasa~

dari tak kenal . terus jadi kawan . dari sorang yang penyepi . terus penghibur . dari keseorangan . terus bekeluarga. dan. dari pra remaja . terus ke REMAJA !remaja? tawu tak waktu bila alam remaja yang akan kyta kenang kan?dah tntu zaman persekolahan. tak caya? jangan cakap camtu. nanti kyta akan merasainyasendiri.betapa istimewa . benilai . gembiranya nya zaman nie. kegembiraan sebenarnyajarang bertandang dalam hidup kyta tetapi apabila ianya hadir, hargailah ia dengansebaik mungkin. apatah lagi kegembiraan ni lahir dalam sebuah PERSAHABATAN.apatah lagi kegembiraan ni lahir dari waktu kyta suma bersama jalani zaman skolah !JIKA HIDUP SELALU GEMBIRA , SEGALANYA AKAN LEBEH BERMAKNA!!
sangat-sangat bermakna weyhh...

sebenarnya. tak suma kawan ni boleh buat kyta happy kan? tak ka? jangan nak bohong laa..aku sendiri pon kekadang ada rasa macam ni tawu tak. tapi bagi aku.kalaw kyta adagado-gado dgn kawan.cepat-cepat la minta maap kalaw kyta salah tapi kalawbukan salah kyta pown.apa salahnya kyta tetap minta maap kn? jadi aku nk minta maap kat ampa suma kalaw-kalaw aku ada buat salah gila yang memang salah aku taw. MINTA MAAP.(kekadang kyta tak sedar yang setiap perbuatan kyta ada menyinggungkan perasaan kawan kyta sendiri)tambah cerita lagi la kan.hanya kawan yang dapat tawu perangai kyta yang sebenar.yang 'family kyta tak tawu' misalnya. ada masa nya. dengan kawan kyta akan mula setat menipu.(aku la.ala tipu sunat j) yala. kata dekat mak. nak keluar dengan kawan beli alat tulis. bukan main baek niat kyta tu.mak kyta pown kasi la keluar.padahal.kyta keluar g pegi makan kfc.melepak jap.pegi karok. ada juga betol.kata dekat mak nak pegi uma kawan nak stdy siket.mak kyta pown bagi la pegi.pecaya bulat-bulat.pasal mak kyta tawu dekat uma kyta rajin stdy. tapi dengan kawan?tipu sunat.kyta pegi on9 sama-sama dengan kawan.(hihik.buku tak sentuh pown.haha :D)nie bukan aku sorang ja kan.aku rasa ampa pown ada wat macam ni. hahaha jangan nak tipu.dosa tuhan marah taw.

KAWAN. membawa maksud yang besar. tekenangkan waktu mulanya pekenalan, waktusama-sama kyta ada gado, waktu kyta belajar bersama-sama erti 'kawan', waktu kytamain gelak-gelak sama-sama dalam kelas, waktu tengok kawan kena denda, dan yang paling besh!! waktu kyta kena marah dengan cikgu kelas laen  time cikgu kyta tak masok kelas(igt lagi tak cikgu nie kata dekat kyta suma pasai telalu bising sangat kowt.cikgu cakap"kalaw dekat prhimpunan nyanyi lagu negaraku macam taik!") walaupown kena marah kyta tetap sama-sama tahan gelak sampai ada yang muka merah serta merta kyta pown kutuk cikgu tu : "haha.dia tu dah la jalan bawa perot"
(igt lagi kn suma??).gembiranya time tu. suma masalah pasti selesai kerna adanya kawan yang membantu....ermmmm...wlwpown tak membantu sangat.hehe.kyta tetap gembira dan senang hati jugak nanti kan.dan banyak lagi la peristiwa gembira yang berlaku masa bersekolah. bila tamat sekolah nanti.aku takot..dan kawan-kawan laen juga pasti akan takot..takot benda yang dah kyta lalui bersama pada zaman persekolahan akan hilang dan masalah pulak akan bertambah. time tu nanti dah tadak kawan nak bantu.kawan dah berpindah untuk bekerja, bekerja demi masa depan.
aku pasti bila tiba masanya kyta akan tekenangkan kekawan yang nanti kyta takan jumpa.mybe ada nanti yang dah lost contact kan. mungkin keadaan dah berbeza tapi apa yang kyta lalui akan tetap menjadi memori , memori yang paling indah sekali.dengan memori ini, kyta akan belajar menghargai apa yang telah kyta miliki untuk kyta terus DEWASA..

kita warnai langit dengan tangan kyta sendiri... selagi jantung ini terus berdegup..mimpi..persahabatan..keberanian..kejujuran..keikhlasan..dan segala-galanya..!!
akan terus diabadiakan dalam jiwa ini. selamanya..

ini ayat dalam komik yang aku suka baca (under 18 end of fear):kahwin , ada anak , pertemuan , perpisahan..itu semua boleh terjadi berkali-kali.tapi alam persekolahan datang hanya sekali.tak kira walaw hebat ke tak , itulah memori pahit manis yang akan kekal buat selama-lamanya



THE END

Thursday, April 25, 2013

Aku, Si Pemandu & ?

Tengah hari.
Suasana hening, sepi.
Hanya aku dan si pemandu.
Ok...dia si pemandu mulai
Membuka kata
Mencari cerita
Nah, politik semasa jadi isunya.
Dan aku
Berbalas mesra.
Mengangguk kepala.
Tersenyum dan tertawa.
Kerana aku bukan si ariff lagi bijaksana.
Apatalah lagi hal politik semasa.
Ok..sampai tiba.
Keluar dari perut kereta.
Hilang si pemandu dr pandangan mata.
Dengan senyum yang berbisa
Ku mula bermain minda.
Pesan si pemandu tua itu.
Ya...ada benarnya.

'Anak, pilihan kita xsemstinya tepat.Jadi timbang amballah dulu apa yg dapat.ketawa...yang menentang ada jugak baiknya.kerna adanya si penentang adakalanya membaiki kita'

Thursday, April 18, 2013

Saya ada kawan.

Saya ada kawan.
 Banyakkkkk! betul..tak  tipu.Huhu...
 Saya tak kisah kalau tak de kawan dikala duka. 
Cukup ada kawan suka pon tak pe. 
Sebab sy ada ibu dan keluarga saya. 
Tapi saya tahu dalam ramai2 kawan saya yg banyakkkkk tu..
ada je yg sudi bersuka dan berduka dengan saya. 
Terimas semua. 
Harap2 sy antara kawan terbaik kalian.

Humm.. sy ada kawan.
 Ye! Mmg banyak tp hari ini sy nak cerita pasal sorang je. 
Kawan sy ni sy kenal tak lama..tak smpai setahun. Tp dia baik.
Sentiasa ada dan cuba utk selesaikan mslah sy. 
Sentiasa memberi respon dan pandngan 
dlm apa jua bnde dan cerita yg sy cerita dkt dia. 
Sy tak tahu nak ungkap mcm mn
 tp yang pasti sy selesa dan bersyukur dpt knl dgn dia.

Saya ada kawan.
 Kawan sy ni sy knl tak lma.tak smpai setahun.
Dia baikkkkk!
 Selalu bg respon dan pndngan dlam apa jua cerita
 atau topik perbualan kami. 
Kawan saya ni 
selalu buat lawak bengap..merepek dan sebagainya.
 Saya senang! ..saya suka! 

Saya ada kawan.
 Dia suka buat lawak bengap...merepek dan sebangainya.
 Tapi saya suka! 
Saya tahu dalam setiap ketawa 
dan senyum yang dia bg utk saya ada duka yg dia simpan.
 Dia ada cerita!  
Tp sy cuma membantu sekadar yg termampu.

Saya ada kawan.
 Kawan sy baikkk.. tiba2 kwn saya ni berubah. 
Dia memilih untuk diam dlm suatu jangka masa yg pendek
 tapi agak lama sy rasa. 
Sepanjang dia diam sy selalu tgk apa yg dia buat dr jauh.

Saya ada kawan.
 Semalam kawan sy yg memilih untuk diam tu pos sesuatu..
saya suka :) 
sebab dari pos tu sy tahu dia dah jadi macam dulu.
Tapi saya rasa  mungkin tak. 
Dia mungkin takkan jadi org yg sama.

Saya ada kawan. 
Semalam dia pos sesuatu.
Saya suka! 
 Semalam jugak dia  beritahu saya sesuatu. 

Saya ada kawan. 
Semalam dia beritahu saya sesuatu. 
Sy terkejut.
Kawan saya sakit.
 Sesuatu yg berkaitan dengan jntung..dah 5tahun.
 Tabahnye dia. 
Dalam dia sakit.
 Dalam dia punya maslah.
 Dalam dia melayan maslah sy 
Dalam dia bagi sy ketwa senyum.
 Dia sakit rupanya. 

Saya ada kawan.
 Saya baru dpt thu dia sakit. 
Saya tak tahu apa patut sy buat.
 Saya harap kawan sy tabah.
 Kuat.
 Di panjang kan umur.
 Sebab sy tahu
 kawan saya tu masih punya banyak
 harapan
impian
 dan angan2 
yang hendak di capai.

Saya ada kawan. 
Saya syg dia..
Saya harap dia sentiasa sihat.
Betul! 

Kalau ada yang baca tolong doakan sesama ye. 
TQ

Monday, April 1, 2013

6 DAYS A WEEK.

Ini tempat kerja ku.
Sekian..

Tuesday, March 26, 2013

Alhamdulillah..(rasa itu datang bilamana aku berseorangan)

Bismillah..

Atas apa yang aku lalui sebelum ini pasti ada hikmahnya. Well, remaja kalau tak terjebak dengan mainan hati sah TIPU!! walau sebesar zarah sekali pon rasa suka/minat/sayang pada someone pasti ada.KAN?? 
huhhu..
OK imbas kembali! :
Aku, dalam penghujung 2012 dan awal 2013 fuh~ byk yang jadi. Selepas suka dalam suatu masa yang tidak la begitu lama. tapi cukup! tuk buat aku rasa bahagia. Haha.. non ayat pehal semacam je ni! feeling2 mengarang cerpen ke apa? *monolog sat noh* 
Ok! lepas suka aku duka pulak. Macam lagu Be Mine tuu, 'dalam pada ku gembira somtimes I feel so sad juga' huhuu... tapi tapi tapi dan tapi atas apa yang berlaku selama ni, baru baru ni. sekurang kurangnya, menjadi sebab untuk aku semak balik hubungan aku dgn  si-Dia. Allah s.w.t.

Jauh aku leka dgn segala keseronokan dan nikmat yang di beri. Jarang aku ucap syukur, jarang aku rasa rendahnya diri ini. Jarang! Nah, satu2 dugaan dia hantar. Alhamdulillah atas kekecewaan yang diberi kerana ia mengajar aku untuk jadi lebih berhati hati agar tidak kecewa lagi sekali. Alhamdulillah atas kekecewaan itu juga yang mengajar aku untuk jadi lebih kuat. Alhamdulillah atas kesedihan yang mengajar aku untuk lebih mengingat-Nya. Benarlah seperti yang dipesan sang ayah 'dengan mengingati Tuhan hati lebih tenang.' Alhamdulillah dgn kesedihan dan rasa ditipu kerana mengajar aku lebih mengenali siapa mereka disekeliling ku.

Fuhh~ senyum
Setelah apa yang berlaku. Alhamdulillah ku punyai keluarga yang memberi sokongan. ibu yang melayan dan mendengar setiap cerita ku dan membalas dengan satu perlian yang maha dasyat tapi rasa manja2 gitu hahaha,,, kawan2 yang berusaha untuk menghiburkan hati. kawan2 yang menjadi tempat luahan rasa dan kekusutan jiwa. 

Untuk kesekian kali dalam usia yang bakal mencecah 24tahun ni. Nah! aku boleh bangun dan berlari kembali. sambil main layang2.. berhenti kejap main teng teng. main aci nyorok duduk main congkak, mencangkuk untuk main guli.. wahhhh!! dah melalut. hahaha..

ALHAMDULILLAH..semoga terus kuat untuk hari datang.

p/s: ilebbiu mumy.dady.sisters.brothers.friends.tokwans.mak tok.opah.kazen kazenss. huhu


Saturday, March 23, 2013

Just Give Me a Reason


"Just give me a reason" a song by Pink ft Nate Ruess. 
Ok fav song lah stakat ni. 
Yuna ckp setiap lagu ada kisahnye la gambar ada cerita lah kan. 
YES!! setuju (angkat2 tgn) Same goes to this song.
 Even though, the whole song klw tgk lirik tu tade la kena sgt pon. 
Just this part je yg ada kaitan. :P  (tgk baris bawah)

'just give me a reason just a little bit enough' 

haha..itu je pon yg rasa ada kaitan :D
hum..

every relationship klw da putus kena la bersebab kan.
tp bila di tanya dpt jawapan "ntah da lupa..bye..jangan ganggu lagi k"
Sakit hati kan? Kalau ye pon "just give me a reason just a little bit enough' OK!

Tapi tak guna fikir banyak. life go on.
Biarlah dia happy dgn cara dia. 
Hati cepat2 sembuh. 
Percaya cepat2 kembali ok. 

NAh! layan :)
 

Tuesday, March 19, 2013

Tiada Tajuk

Bismillah..

It's about a time since i never write anything here.
Jujur..banyak benda terjadi. Ada yg harus di " LET GO" kan.
ada yg perlu di ambil utk di buat pengajaran.

Anyway, new chapter have begin. (berhenti..menaip.tarik nafas.senyum)